smpai umah ibu tengok hset kot ade miss called or sms.tgk ade sms dr Kak Zira,mama amjad.
"salam ila,lupa nak bgtau ila,amjad dah x ada kelmarin...dia dah jadi ahli syurga..."
terduduk aku baca sms tu.sgt sedih...aku tak kenal amjad,aku juga tak pernah bersua dengan kak zira.kami berkenalan bila kak zira terbaca post aku pasal doc suspect zhariff ade Prader Willi Syndrom dulu. dan kak zira menjejaki blog aku.kami panjangkan perkenalan tu dgn sms dan seterusnya ke Facebook.dr situ aku dpt melihat wajah comel amjad..putih gebu dan comel.aku mungkin lebih bernasib baik sbb menurut kat zira, amjad mengalami poor sucking di mana amjad mempunyai daya hisapan yg lemah.jd amjad tak mampu nak minum susu ibu.sedangkan zhariff mendapat khasiat susu ibu selama 10 bulan secara ekslusif dan masih menyusu hingga sekarang..
amjad nampak sihat masa ibu tgk gambar dia kat fb.dah pandai meniarap n head control dia pun nmpk ok..tp Allah lebih sayangkan amjad.Amjad pergi tinggalkan mama n papa dia sebab cirit birit..sistem imun amjad lemah..amjad tinggal kan mama dia masa umat islam bergembira nak sambut aidilfitri..rasanya kak zira tak pernah ada peluang menyambut aidilfitri bersama amjad..sebak bila ibu fikirkan semua tu.walau amjad bukan anak ibu..tp ibu boleh rasakan kesedihan mama amjad..
zhariff, ape pun jadi, ibu harap zhariff kuat melawan segala penyakit yang datang. moga susu ibu yg ibu bekalkan utk zhariff selama ni mampu melawan ape jua penyakit yg datang..jgn tewas ye sayang..ibu masih nak peluk zhariff...
Al-Fatihah Buat Muhammad Amjad Wajdi..
4 Dis 2009-31 Ogos 2010
Tunggu mamamu di pintu syurga ye sayang..
