Wednesday, July 28, 2010

Hannah FAQs

Hannah FAQs

Doa Buat Alanna

hari ni,naluri keibuan ibu teruji..semalam baca status kawan forum mesra.net ttg Alanna Qish.teringat ttg sorang forummer kat cari.com yg bercerita ttg anaknya kat forum tu. ada simptom yg same ngan zhariff.try p.m dia.tp until now takde balasan.tp bila baca status azenira smlm,ibu bukak blog tu.ermm..mayyonnizz,sama dengan nick forumer cari tu.mesti org yg sama.so ibu mula membaca.dr mula smpai ke akhir,airmata ibu tak berhenti gugur.rupanya Alanna telah pergi ke pangkuan pemilik abadinya...Alanna telah kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2010.kalau ibu tahu kisah Alanna lebih awal,mungkin ibu berpeluang bertemu dengan bidadari syurga itu..

ibu teringat masa mula2 kami tahu keadaan zhariff.seminggu ibu hilang punca.menangis, menangis dan menangis..tp lama2 hati ibu redha andai ditakdirkan Zhariff mmg insan istimewa.takde sekelumit kesal pun dihati ibu kerana melahirkan Zhariff.ibu dan papa layan Zhariff mcm abg..takde beza..

Tapi hari ini air mata ibu tumpah lg..dari pagi membawa ke petang.Luluh hati ibu melihat tubuh kerdil Alanna..Moga Allah pinjamkan sedikit kekuatan Mummy Alanna buat ibu supaya ibu juga setabahnya..

Zhariff,
Beri peluang utk ibu menyayangimu
beri peluang utk ibu utk terus membelaimu
jgn tinggal ibu macam arwah Alanna tinggal mummy n daddynya..
ibu belum sedia utk semua tu..
ibu masih belum puas mencium pipimu,
masih belum puas mendakap tubuhmu...

ibu berpeluang berym dengan mayyonnizz..ingin sama2 menyelam dukanya..andai ada peluang,ibu ingin bertemunya..Moga tiba hari itu..sgt kecil dugaan yg Allah beri pada aku berbanding dgn mummy Alanna..

Bidadari Kecil Alanna Qish..
Aunty titipkan Al-fatihah buat roh mu
Tempat mu sudah pasti di syurga abadi
AlFatihah...

Wednesday, May 19, 2010

Lama tak melawat umah yg bersawang ni...
takde byk benda nak story...
result darah Zhariff patutnya keluar pada 14/5 hari tu..
but masa appointment hari tu result belum sampai ke Hospital Sungai Buloh
Aku n hubby ambil keputusan amik je result on next appointment iaitu pada 11/6 nanti.
aku dah byk kali datang lewat bulan ni sbb pergi hospital..so,bln depan pulak la.
lagipun keputusan darah tu dah tak penting..
Zhariff dah start occ. teraphy.
baru p 2 kali..but zhariff sgt tak suka..dia nangis aje..
sian anak ibu...takpe la..lama2 suka la..byk toys kat sanakan..
kalau zhariff dah ok nnt,aku harap leh amik gambar masa dia tgh teraphy n tepek kat sini..

Iman lak lg 2 weeks dah 2 tahun..
anak ibu dah besar, sangat bijak n pintar.
mmg penyejuk dimata, penawar dihati...
bukan kat ibu dan papa aje..
tapi semua orang...
pah,mak tok,cikda,achu, ibu fida,ma,kak long,kak ngah,paklang,pak andak, makcik,paklong n maklong..dia disayangi..
Iman sekarang paling suka dgr zikir 'api upi'
guess what??memula ibu pun tak paham...
uper2nye dia suh nyanyi zikir Hasbi Robbi..
n baru2 ni mintak zikir 'ipah' pulak
jenuh la ibu cuba translate..
upernye Laisalahamindunillah hikasyifah...
sejak2 papa baru beli CD zikir dalam kereta, Tiap2 hari pun pas amik 2 beradik ni dari umah babysitter, kena jalan jauh sket supaya iman leh dengar zikir api upi n ipah dia dulu..kalau tak mengamuk la...

n insyaallah bday party iman yg ke 2 akan di raikan di Lenggong terchenta pada 28 mei nanti..insyaallah..party plannernye ialah ibu Fida...nnt aku update gambar ye...

Thursday, April 8, 2010

About Zhariff





Zhariff dah start fisioterapi 2/4 hari tu
selama sejam..tp dia melalak stengah jam
buat fisio 10 min je
Zhariff mmg kuat menangis..asik nak gayut aje..mane tahan beb!
Sejak buat fisio, Zhariff nmpk ok sket..dah mau nak main2
ketawa2..tp ttp suka nangis!!!
mmg kdg2 rasa ilang sabar bila dia buat perangai pg2.
aku kelam kabut nak p keja, dia sebuk nak nangis
nangis bkn sikit2..tp nangis cam kena dera.
kalau dia tdo dlm buai pun,even buai letrik,
dia still need my hand over his body
asal dia lena n aku angkat tgn,dia start melalak
smpai la dia betul2 lena..baru leh angkat.
tu pun dia tdo tak lama..15-30 minit
paling lama 1 jam..

skrg cuti2 pun rasa cam tak sempat nak kemas bilik
nak cuci bilik air semua
time dia tdo la nak buat semua keje,dah la tdo kejap2
mmg terasa sgt penat sbb masa jaga iman,dia sgt senang di jaga
so aku sgt terasa perbezaannya
nasib baik mama ada membantu
malam2 pulak mmg hubby take over jaga iman,tdokan iman
sbb ibu biasanya leboh tertdo ngan zhariff dlm bilik
tak sempat dinner pun
sori abang..i am so tired!

Iman...
ibu harap iman faham
adik need more attention from me...
iman budak cerdik,budak pandai,budak pintar
iman leh jaga diri bila besar nnt
n ibu harap iman jaga adik sama kalau ibu ngan papa takde
iman harapan ibu..
ingat pesan ibu supaya iman sayang adik smpai bila2
adik perlu kasih sayang dari iman..

Wednesday, April 7, 2010


iman tiru stail tudung nenek Ar Rayyan dia...
skrg ajar dia tgk Tokwan Anis lak (Ustaz Abu Hassan Din)
supaya dia tak meroyan pg2 kalau nenek Ar Rayyan dia tak kuar,so leh tgk Tok Wan Anis
Anis tu sepupu dia..ada masa nnt aku upload gmbr iman with anis
Anis tu lelaki sbnrnye..huhuhu
nama je cam gugurl..

Tuesday, March 16, 2010

Nenek Arrayan

Ni story pasal my golden boy,iman..
dia ni aku tak dedahkan sgt ngan katun
so tiap2 pg kalau dia bg awal, aku buatkan susu n bukak channel Oasis (106)
dengar indahnya iman(zikir)
dia mmg suka n takkan bergerak dr dpn tv..
so aku boleh la buat keja lain tanpa gangguan..
kalau aku tak bkk tv pun dia akan suruh ukak ibi(bukak tv)
atau pun dia bukak sendiri n kasi remote astro kat aku suruh on astro..
kalau time azan tuh..dia cpt2 kate..epuk eyut(tepuk perut)
n sepanjang org kat tv tu dok ketuk beduk,dia akan tepuk perut dia..funny!

n terbaru..dia terbekenan kat rancangan talk show Ar Rayyan
yg Datuk Dr Fatma Al Zaharah jd host tu.
asal nmpk je muka org tu dia ckp nenek ayan..!
hahaha siap kenal dah tu..
bila masa ntah org tu jd nenek dia!
ari tu rancangan tu dah abis,dia marah2 kat aku..kate aku tukar channel...
sabar je la..

Sunday, March 14, 2010

update about zhariff

smlm p jumpa paed sbb batuk zhariff yg agak kronik.
kena sedut gas tu.n aku ambil kesempatan tanye doc pasal zhariff
aku tanye dia pasal hormon tiroid
dia ckp sepatutnya hormon tu dah dikesan masa dia lahir
sbb lepas lahir,darah baby akan di periksa
tu yg aku pelik kat hospital selayang drg tak check ke???
n kalau buat blood test,2-3 hari je leh dpt result..
thats mean,hosp. sg buloh takde buat tiroid test utk zhariff
just cromosom test!
tomorrow aku nak pergi klinik doc Tan for blood test..

aku cuba google pasal kesan kekurangan hormon tiroid terhadap bayi
guess what??kekurangan hormon tu akan menyebabkan baby terencat akal
Ya Allah..!aku agak tertekan ngan apa yg aku baca ni..
tp kalau tu yg dah tersurat utk aku n zhariff...aku redha
cuma apa yg ku kesalkan semua ni boleh dielakkan kalau aku cepat kesan masalah ni..
ape2 pun,tunggu blood test punye result nnt.
aku akan update..

Zhariff,
ape pun keputusan nnt,ibu redha..
kita sama2 hadapi,
ibu akan jaga Zhariff selagi ada hayat ibu
but ibu ttp berharap Zhariff tak de ape2 problem..