Thursday, August 5, 2010

MRI

Today(4 Ogos 2010,Rabu) Zhariff kena buat MRI brain...
so pagi2 ibu dah bgn mandi dan bersiap utk ke hospital.Zhariff kena puasa,tak boleh minum/mkn.tp ibu ngelat gak.bg minum susu pukul 6.30pg..kesian..appoinment pukul 8.30 pagi, but ibu kena awal sbb Zhariff kena tdo semasa MRI dibuat.
so lepas mandikan Zhariff,sarapan, hantar Iman ke rumah babysitter,ibu,papa dan Zhariff terus bergerak ke Hospital Sungai Buluh.

Tepat pukul 8 kami sampai kat sana.terus pergi ke bahagian radiologi..lepas daftar kat kaunter, ibu ngan Zhariff sama2 naik timbang..ngeee..nurse kate berat ibu 60kg..ek???bam tipu je.n berat Zhariff 8.6kg.ntah betul ntah idak sebab penimbang tu cam penimbang jaman P.Ramlee.manual.

Lepas tu nurse suruh ibu kasi Zhariff minum ubat nak kasi Zhariff mengantuk.kemain lg Zhariff menepis..kuat gak anak ibu ni ek???lepas 10 minit mendodoi Zhariff,dia pun lena.lena selena2nya.siap berbunyi lg...






lepas Zhariff dah lena,Captain Dr. Noradhiah@doc Nora bersama2 nurse bwk Zhariff masuk bilik MRI,ibu tak ikut.ibu tgk dr luar je.tgk drg bungkus2 Zhariff.While Zhariff kat dalam,ibu ngan papa pun p makan kat cafe sbb nurse ckp MRI Brain Scan mkn masa 45 min-1 jam





Lepas ibu siap makan,ibu masuk balik.tak smpai 5 minit ibu duduk ibu dgr suara Zhariff melalak.aik..udah jage anak ibu???ingatkan lame benar tido.ngeeee..Zhariff nangis sbb dia mmg tak suka org lain pgg dia selain ibu..so ibu amik Zhariff,dodoikan bg tdo balik.nurse tak kasi Zhariff minum dulu.nasib baik dia tido balik..balut ngan selimut putih..agak scary di situ..ermmm








zhariff tdo dekat sejam jugak..sgt syahdu bila tgk dia tdo macam tu..bila dah jaga baru boleh bagi susu.nmpk dia ok.tak muntah..cuma nmpk mamai sket la..huhuhu

Nurse tgk bacaan SPO2 Zhariff sbb bernafas kuat sgt.takut kurang oksigen.tp nmpk ok



result fo MRI brain ni hanya akan ibu tahu pada 2 Sept nnt.lmbt lg...nnt ibu update la resultnye kat sini.

next appoinment on 12 ogos with Dr. Muiz utk check mata Zhariff

Wednesday, July 28, 2010

Suatu Anugerah Terindah






Menelusuri jalan2 kenangan Alanna Qish buat aku makin menyedari betapa indahnya kehidupan aku dan betapa indahnya anugerah Allah terhadap aku iaitu 2 org puteraku Iman Zhafran dan Iman Zhariff.

Balik dr kerja semalam bila ambik je Zhariff dr tgn baby sitter,aku peluk erat dan cium dia bertalu2.Zhariff yg tak phm ape2,mamai2 baru bgn tdo terus sengih2 tayang 3 batang gigi dia..abang seperti biasa happy sokmo.heheheh

sampai rumah ibu layan Zhariff,susukan dia,main dgn dia.asal letak aje melalak.huh..asik nak kepit ngan ibu aje!

Abang lak dah dpt apple separuh,mkn sate 2 cucuk,trus p memain ngan papa.pas maghrib layan abg baca buku.mula2 papa cite kat abg,pastu abang lak cite kat papa ngan ibu..huhuhu.kelakar sgt bila abang bercerita.lepas tu ibu bg Zhariff tdo(sebenarnya ibu pun tdo sekali.hiks!). Papa lak tidokan abang dlm buai.tak sedar bila abang lena,tak sedar bila adik lena,tak sedar bila ibu lena..sedar2 dgr abang nangis.dlm nangis siap bleh suruh ibu henjut dia.Boleh???ibu henjut kejap.adik lak nangis.huhuhu.papa lak takde,ade kawan dia dtg kat luar.so ibu susukan Zhariff.tp abang marah.nangis2 dlm buai. ibu kate "ibu kasi adi susu, abang turun la,tdo ngan ibu".tp abang balas "ibu kokong".aduyai..so ibu tinggalkan zhariff jap.jemput abang dr dlm buai,letak sebelah ibu..ibu tanye abang "Nak susu?" abang balas "Nanak,nak tdo".so abang tdo ngan ibu la.hasilnye semalam kami tdo berempat atas katil queen itu..huhuhu..papa,abang,ibu,adik..full..sardin!uwaaaaa!!!nak beli katil super king!!!!hahahah..

pg ni plak abg bgn awal..kol 5.ibu tgh buat marsh potato Zhariff.so angkat abg,letak depan tv,bukak zikir(seb baik dah kol 5,kalau tak jenuh nak cari rancangan ape yg nak kasi dia tgk)dh minum,tukar diapers,adik lak jaga..haishhh...kasi adik susu then kasi dia dok ngan abang,kate kat abang "abang jaga adik eh..ibu iron baju.." dia angguk.Hasilnye???? seperti yg tertera diatas..huhuhu..abang mithali gitu..

maafkan la qualiti kamera yg sememangnye tidak berqualiti itu.kamera hset.what do u expect?hahahha

Hannah FAQs

Hannah FAQs

Doa Buat Alanna

hari ni,naluri keibuan ibu teruji..semalam baca status kawan forum mesra.net ttg Alanna Qish.teringat ttg sorang forummer kat cari.com yg bercerita ttg anaknya kat forum tu. ada simptom yg same ngan zhariff.try p.m dia.tp until now takde balasan.tp bila baca status azenira smlm,ibu bukak blog tu.ermm..mayyonnizz,sama dengan nick forumer cari tu.mesti org yg sama.so ibu mula membaca.dr mula smpai ke akhir,airmata ibu tak berhenti gugur.rupanya Alanna telah pergi ke pangkuan pemilik abadinya...Alanna telah kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2010.kalau ibu tahu kisah Alanna lebih awal,mungkin ibu berpeluang bertemu dengan bidadari syurga itu..

ibu teringat masa mula2 kami tahu keadaan zhariff.seminggu ibu hilang punca.menangis, menangis dan menangis..tp lama2 hati ibu redha andai ditakdirkan Zhariff mmg insan istimewa.takde sekelumit kesal pun dihati ibu kerana melahirkan Zhariff.ibu dan papa layan Zhariff mcm abg..takde beza..

Tapi hari ini air mata ibu tumpah lg..dari pagi membawa ke petang.Luluh hati ibu melihat tubuh kerdil Alanna..Moga Allah pinjamkan sedikit kekuatan Mummy Alanna buat ibu supaya ibu juga setabahnya..

Zhariff,
Beri peluang utk ibu menyayangimu
beri peluang utk ibu utk terus membelaimu
jgn tinggal ibu macam arwah Alanna tinggal mummy n daddynya..
ibu belum sedia utk semua tu..
ibu masih belum puas mencium pipimu,
masih belum puas mendakap tubuhmu...

ibu berpeluang berym dengan mayyonnizz..ingin sama2 menyelam dukanya..andai ada peluang,ibu ingin bertemunya..Moga tiba hari itu..sgt kecil dugaan yg Allah beri pada aku berbanding dgn mummy Alanna..

Bidadari Kecil Alanna Qish..
Aunty titipkan Al-fatihah buat roh mu
Tempat mu sudah pasti di syurga abadi
AlFatihah...

Wednesday, May 19, 2010

Lama tak melawat umah yg bersawang ni...
takde byk benda nak story...
result darah Zhariff patutnya keluar pada 14/5 hari tu..
but masa appointment hari tu result belum sampai ke Hospital Sungai Buloh
Aku n hubby ambil keputusan amik je result on next appointment iaitu pada 11/6 nanti.
aku dah byk kali datang lewat bulan ni sbb pergi hospital..so,bln depan pulak la.
lagipun keputusan darah tu dah tak penting..
Zhariff dah start occ. teraphy.
baru p 2 kali..but zhariff sgt tak suka..dia nangis aje..
sian anak ibu...takpe la..lama2 suka la..byk toys kat sanakan..
kalau zhariff dah ok nnt,aku harap leh amik gambar masa dia tgh teraphy n tepek kat sini..

Iman lak lg 2 weeks dah 2 tahun..
anak ibu dah besar, sangat bijak n pintar.
mmg penyejuk dimata, penawar dihati...
bukan kat ibu dan papa aje..
tapi semua orang...
pah,mak tok,cikda,achu, ibu fida,ma,kak long,kak ngah,paklang,pak andak, makcik,paklong n maklong..dia disayangi..
Iman sekarang paling suka dgr zikir 'api upi'
guess what??memula ibu pun tak paham...
uper2nye dia suh nyanyi zikir Hasbi Robbi..
n baru2 ni mintak zikir 'ipah' pulak
jenuh la ibu cuba translate..
upernye Laisalahamindunillah hikasyifah...
sejak2 papa baru beli CD zikir dalam kereta, Tiap2 hari pun pas amik 2 beradik ni dari umah babysitter, kena jalan jauh sket supaya iman leh dengar zikir api upi n ipah dia dulu..kalau tak mengamuk la...

n insyaallah bday party iman yg ke 2 akan di raikan di Lenggong terchenta pada 28 mei nanti..insyaallah..party plannernye ialah ibu Fida...nnt aku update gambar ye...

Thursday, April 8, 2010

About Zhariff





Zhariff dah start fisioterapi 2/4 hari tu
selama sejam..tp dia melalak stengah jam
buat fisio 10 min je
Zhariff mmg kuat menangis..asik nak gayut aje..mane tahan beb!
Sejak buat fisio, Zhariff nmpk ok sket..dah mau nak main2
ketawa2..tp ttp suka nangis!!!
mmg kdg2 rasa ilang sabar bila dia buat perangai pg2.
aku kelam kabut nak p keja, dia sebuk nak nangis
nangis bkn sikit2..tp nangis cam kena dera.
kalau dia tdo dlm buai pun,even buai letrik,
dia still need my hand over his body
asal dia lena n aku angkat tgn,dia start melalak
smpai la dia betul2 lena..baru leh angkat.
tu pun dia tdo tak lama..15-30 minit
paling lama 1 jam..

skrg cuti2 pun rasa cam tak sempat nak kemas bilik
nak cuci bilik air semua
time dia tdo la nak buat semua keje,dah la tdo kejap2
mmg terasa sgt penat sbb masa jaga iman,dia sgt senang di jaga
so aku sgt terasa perbezaannya
nasib baik mama ada membantu
malam2 pulak mmg hubby take over jaga iman,tdokan iman
sbb ibu biasanya leboh tertdo ngan zhariff dlm bilik
tak sempat dinner pun
sori abang..i am so tired!

Iman...
ibu harap iman faham
adik need more attention from me...
iman budak cerdik,budak pandai,budak pintar
iman leh jaga diri bila besar nnt
n ibu harap iman jaga adik sama kalau ibu ngan papa takde
iman harapan ibu..
ingat pesan ibu supaya iman sayang adik smpai bila2
adik perlu kasih sayang dari iman..

Wednesday, April 7, 2010


iman tiru stail tudung nenek Ar Rayyan dia...
skrg ajar dia tgk Tokwan Anis lak (Ustaz Abu Hassan Din)
supaya dia tak meroyan pg2 kalau nenek Ar Rayyan dia tak kuar,so leh tgk Tok Wan Anis
Anis tu sepupu dia..ada masa nnt aku upload gmbr iman with anis
Anis tu lelaki sbnrnye..huhuhu
nama je cam gugurl..