Wednesday, July 28, 2010

Doa Buat Alanna

hari ni,naluri keibuan ibu teruji..semalam baca status kawan forum mesra.net ttg Alanna Qish.teringat ttg sorang forummer kat cari.com yg bercerita ttg anaknya kat forum tu. ada simptom yg same ngan zhariff.try p.m dia.tp until now takde balasan.tp bila baca status azenira smlm,ibu bukak blog tu.ermm..mayyonnizz,sama dengan nick forumer cari tu.mesti org yg sama.so ibu mula membaca.dr mula smpai ke akhir,airmata ibu tak berhenti gugur.rupanya Alanna telah pergi ke pangkuan pemilik abadinya...Alanna telah kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2010.kalau ibu tahu kisah Alanna lebih awal,mungkin ibu berpeluang bertemu dengan bidadari syurga itu..

ibu teringat masa mula2 kami tahu keadaan zhariff.seminggu ibu hilang punca.menangis, menangis dan menangis..tp lama2 hati ibu redha andai ditakdirkan Zhariff mmg insan istimewa.takde sekelumit kesal pun dihati ibu kerana melahirkan Zhariff.ibu dan papa layan Zhariff mcm abg..takde beza..

Tapi hari ini air mata ibu tumpah lg..dari pagi membawa ke petang.Luluh hati ibu melihat tubuh kerdil Alanna..Moga Allah pinjamkan sedikit kekuatan Mummy Alanna buat ibu supaya ibu juga setabahnya..

Zhariff,
Beri peluang utk ibu menyayangimu
beri peluang utk ibu utk terus membelaimu
jgn tinggal ibu macam arwah Alanna tinggal mummy n daddynya..
ibu belum sedia utk semua tu..
ibu masih belum puas mencium pipimu,
masih belum puas mendakap tubuhmu...

ibu berpeluang berym dengan mayyonnizz..ingin sama2 menyelam dukanya..andai ada peluang,ibu ingin bertemunya..Moga tiba hari itu..sgt kecil dugaan yg Allah beri pada aku berbanding dgn mummy Alanna..

Bidadari Kecil Alanna Qish..
Aunty titipkan Al-fatihah buat roh mu
Tempat mu sudah pasti di syurga abadi
AlFatihah...

No comments: