Thursday, September 2, 2010

Muhammad Amjad Wajdi- Penghuni baru Taman Raudhah

Semalam,lepas habis sesi terapi n jumpa doc,kami bergerak pulang. lepas hantar zhariff ke rumah baby sitter,ibu ngan papa balik umah jap sbb jam pun dekat pukul 1 dah.time rehat.so pukul 1 lebih baru pap anta ibu ke opis...

smpai umah ibu tengok hset kot ade miss called or sms.tgk ade sms dr Kak Zira,mama amjad.
"salam ila,lupa nak bgtau ila,amjad dah x ada kelmarin...dia dah jadi ahli syurga..."

terduduk aku baca sms tu.sgt sedih...aku tak kenal amjad,aku juga tak pernah bersua dengan kak zira.kami berkenalan bila kak zira terbaca post aku pasal doc suspect zhariff ade Prader Willi Syndrom dulu. dan kak zira menjejaki blog aku.kami panjangkan perkenalan tu dgn sms dan seterusnya ke Facebook.dr situ aku dpt melihat wajah comel amjad..putih gebu dan comel.aku mungkin lebih bernasib baik sbb menurut kat zira, amjad mengalami poor sucking di mana amjad mempunyai daya hisapan yg lemah.jd amjad tak mampu nak minum susu ibu.sedangkan zhariff mendapat khasiat susu ibu selama 10 bulan secara ekslusif dan masih menyusu hingga sekarang..

amjad nampak sihat masa ibu tgk gambar dia kat fb.dah pandai meniarap n head control dia pun nmpk ok..tp Allah lebih sayangkan amjad.Amjad pergi tinggalkan mama n papa dia sebab cirit birit..sistem imun amjad lemah..amjad tinggal kan mama dia masa umat islam bergembira nak sambut aidilfitri..rasanya kak zira tak pernah ada peluang menyambut aidilfitri bersama amjad..sebak bila ibu fikirkan semua tu.walau amjad bukan anak ibu..tp ibu boleh rasakan kesedihan mama amjad..

zhariff, ape pun jadi, ibu harap zhariff kuat melawan segala penyakit yang datang. moga susu ibu yg ibu bekalkan utk zhariff selama ni mampu melawan ape jua penyakit yg datang..jgn tewas ye sayang..ibu masih nak peluk zhariff...

Al-Fatihah Buat Muhammad Amjad Wajdi..
4 Dis 2009-31 Ogos 2010
Tunggu mamamu di pintu syurga ye sayang..

10 comments:

ani said...

Al-Fatihah untuk Arwah Muhammad Amjad..

izz said...

al-fatihah.. moga mama amjad cekal...

Yasmin Nabilah.. said...

alfatihah buat Amjad..

Salam Ila.. Ina follow blog Ila yek..:)
Nak tanya boleh? ila tinggal kat mana..tak sangka dapat jumpe lagi parents yang sama2 wat terapi kat HSB..:) nak tanya..zhariff sakit apa yek? sori yek klu tanya..zhariff comel sgt..dia boleh jugak angkat kepala bila meniarap dan duduk. Nampak sihat. Nabila dah 2 tahun masih lagi head control dia fair..

mizwa said...

Salam perkenalan ila...
link dari blog ayu...semoga tabah menghadapi ujian ALLAH ini...alfatihah jgk arwah amjad...

iLa said...

Ina-ila duduk bandar tasik puter rawang.zhariff ade tiroid.so perkembangan dia agak lmbt..hari tu masuk hospital doc kesan kelainan pd mata dia,buah pinggang dia,drh dia.mri brain dia normal.dia rabun..n doc masih cari ape punca sbnr penyakit dia.darah untuk ujian prader willi sindrom masih tak dpt keputusan..susah nak terang keadaan sebenar zhariff
Mizwa-salam perkenalan.ayu ibu yg tabah..semangat mereka yg ila nak kutip..semangat ibu nabila,ibu rayyan..semanngat sume parent superkids

Liz said...

wah comelnya anak ila...apa kabar salam perkenalan..follow liz kat brunei ya..

Liz said...

sorry Ila ..liz fikir anak ila ..bila dah baca sampai habis.. kesihan juga liz baca..sedih rasanya..ya semoga Allah lindungi Allayarham Muhammad Amjad dan berbahagia di syurga..alfatihah

Anonymous said...

Salam semua..
Iman zhariff juga telah pergi dijemputnya pada 24 dis yg lalu..dia pergi temankan amjad dan alanna..

Anonymous said...

ila..sabar ye sayang..Allah lebih mengetahui segalanya..memang perit sangat2 utk kita hadapi segalanya..tapi itulah ketentuannya..amjad dah bertemu zhariff di syurga..dia dah berbahagia di sana..mereka tak jumpa didunia..tp bertemu di taman raudhahNya..alfatihah buat anak2ku sayang..amjad,zhariff, alanna dan ramai lagi insan2 istimewa yang telah KAU pilih menjadi bidadari n bidadaraMu...

k.zira said...

ila..sabar ye sayang..Allah lebih mengetahui segalanya..memang perit sangat2 utk kita hadapi segalanya..tapi itulah ketentuannya..amjad dah bertemu zhariff di syurga..dia dah berbahagia di sana..mereka tak jumpa didunia..tp bertemu di taman raudhahNya..alfatihah buat anak2ku sayang..amjad,zhariff, alanna dan ramai lagi insan2 istimewa yang telah KAU pilih menjadi bidadari n bidadaraMu...